Nuffnang

Wednesday 30 January 2013

Lope - 1

Yes!

Mamat tu datang lagi. Dup dap dup dap rasa berdebar. Muka sikit punya handsome. Dia hanya bercakap bila perlu sahaja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Bila saya memandangnya, anak matanya cepat-cepat memandang ke arah lain. Pemalu sangat! Lagi dia malu, lagi aku suka. Lagi dia jual mahal, lagi aku rasa dia menarik. Macam ada sesuatu padanya yang menarik perhatianku.

"Dah nak balik?" tanyaku sepatah. Dia memandang sekilas, kemudian angguk sambil tersenyum. Sumpah! Senyuman itu buat aku kehilangan kata. Kelu terus lidah. Mak aihhh. Siap ada sepasang gigi taring yang menghiasi senyumannya. Mana la aku tak cair. Handsome sangat mamat ni.

"Udah-udah lah tu pandang anak teruna orang oiii!" tiba-tiba Mak Long datang, berdiri betul-betul disebelahku. Serta merta air mukaku kemerahan. Ya ampun, macam mana tak perasan Mak Long ada kat sini. Malu!

"Sape tak berkenan dengan Lope tu.. sape yang jumpa dia, satu mata pun tak lepas memandang" tokok Mak Long lagi. Siti Husna memandang Mak Long. "Lope?" tanyanya sepatah.

"Iyelah. Anak teruna yang Husna usha tadi tu.." jawab Mak Long sambil tangannya tak henti menyusun buku-buku di rak. Lope? Apa peliknya nama mamat ni. Suku apa yang taruk nama macam tu? Dalam hati, membuak-buak rasa nak tanya Mak Long pasal mamat yang nama Lope tu, tapi malu. Nanti Mak Long cakap apa pula.

Siti Husna terus menyusun buku-buku di kedai buku Mak Long. Kedai buku yang dah lama dibuka itu memang mempunyai pelanggannya yang tersendiri. Konsepnya cukup indah dan tenang, berlatar belakangkan kuning lembut dan rak-raknya berwarna putih tersusun rapi - cukup tenang mata-mata pengunjung untuk duduk membaca berlama-lamaan disitu. Memang Mak Long menggilai buku. Hobi yang kini menjadi sumber pendapatannya. Konsep kedai buku atau perpustakaan dalam kafe yang nyaman memang menjadi tarikan kaki-kaki buku dikawasan sekitar Putrajaya ini.

Semenjak tamat pengajian peringkat ijazah di universiti, memang Mak Long menawarkan Siti Husna bekerja di kedai bukunya. Dia sendiri tidak keberatan kerana daripada duduk bersahaja di rumah, lebih baik membantu Mak Long di kedainya. Lebih menarik minatnya, kerana dari hari pertama datang ke sini, mamat handsome yang Mak Long panggil Lope itu akan datang singgah disini.

Sumpah dia handsome gila. Tinggi lampai, berkulit cerah, hidung mancung, bermata bulat. Tak ubah macam Raja Nazrin Shah, anak sultan Perak zaman muda-mudanya. Dia tak bercakap banyak. Datangnya ke sini, akan diambil buku-buku yang berkaitan dengan sejarah, kemudian di hujung penjuru itu, dia duduk berehat. Sambil membaca, dia akan memesan segelas susu suam. Dalam seminggu, 3-4 kali dia berkunjung ke sini. Itulah rutinnya. Selepas 30 minit membaca, dia akan bangun.

 Gambar Hiasan

Kata Mak Long, jika dia datang tak perlu ambil bayaran. Setiap bulan, ibunya akan datang membayar. Kiranya macam dia ni dah jadi ahli kelab ekslusif. Ibunya kawan karib Mak Long. Sesekali, ada dia bersama ibunya. Ibunya seorang yang ceria. Setiap kali datang ke sini, jika bertemu Mak Long keduanya tak sah bersembang tanpa gelak mengiringi perbualan mereka.

"Tumpang tanya. Buku The 5 Families tu bila sampai?" Siti Husna terkejut. Macam tahu-tahu aje, mamat tadi kembali ke kedai buku. Siti Husna diam. Terkejut ada. Menikmati pemandangan indah pun ada. Kerana Siti Husna seperti terkaku, lelaki di depannya memandang sekilas wajah Siti Husna. 

"Buku yang mana Lope?" tiba-tiba Mak Long datang menyampuk. Sempat juga Mak Long tersenyum nipis memandang Siti Husna yang seperti di-pause matanya dari memandang Lope. 

"The 5 Families, Auntie. Hari tu Lope ada isi form nak purchase." seketika jari jemari Mak Long mula mengakses data didepannya. Siti Husna yang 'telah' kembali ke alam realiti sama memandang screen komputer didepannya. 

"Husna, tolong ambilkan buku ni di rak 3" arah Mak Long. Pantas dia pergi ke rak 3. Hatinya masih berdegup kencang. Haruman yang dipakai oleh Lope memenuhi ruang kedai kecil ini. Makin hatinya di palu resah. Lama dia berdiri memandang rak buku 3 seperti yang diarahkan Mak Long. Semuanya nampak sama. Tiada fokus disitu. Dalam fikirannya kosong. Melayang.

"Nama awak Husna ye.." Siti Husna menoleh. Lope! Berdiri betul-betul disebelahnya. 

"Aah.." jawabnya sepatah. Tak berani memandang ke sebelah. Mamat ni sket punya tinggi. Siti Husna hanya separas dadanya sahaja.

"Nama saya Megat Idris Naquiyuddin, but people call me Lope" katanya sambil melangkah setapak ke hadapan memaksa Siti Husna memandang tepat ke wajahnya. Sumpah, cair!

"Nama awak?" tanyanya sepatah. Gulp! Telan air liur. Arghh! Malu.

"Saya Siti Husna. Anak saudara Mak Long" sambil senyum nipis, menyerlahkan lesung pipit dikedua-dua pipinya. Lope juga tersenyum. "Saya suka awak senyum sebab awak ada lesung pipit" ujar Lope. Ikhlas bunyinya. Wajah Siti Husna merona merah. Malu.

Kemudian, Lope memandang ke arah rak buku. Seketika dia tersenyum dan mencapai buku yang dia inginkan. Sambil memandang sekilas kepada Siti Husna, dia mengangkat buku di tangan kanannya dan berlalu ke kaunter. Jantung Siti Husna berdegup kencang. Terkesan dihatinya dengan perlakuan Lope tadi.

Seketika, loceng pintu berbunyi, menandakan ada orang keluar. Sayup-sayup, kelibat Lope menghilang. Siti Husna masih kaget dicelah rak buku itu. Mak Long yang dari tadi memerhati, datang menjenguk.

"Ingatkan dah pengsan sebab Lope tegur tadi.." Mak Long senyum menyakat. Siti Husna tersenyum. Malu. 

"Dah dah.. meh sini Mak Long nak story sikit" sambil menarik lembut tangan anak saudaranya ke meja dihujung kedai. Disitu mereka menghabiskan waktu berbual bersama di petang Ahad yang hening ini.

(bersambung)




No comments:

Post a Comment